Sunday, April 5, 2009

Kehidupan sebenar baru bermula........

Pada 22/ 12/2007 merupakan tarikh paling penting dalam hidupku. Tarikh inilah aku menjadi isteri kepada suamiku yang tercinta Shah Rizan binTalin....

Segalanya bermula, rupanya hidup selepas kahwin begitu jauh berbeza berbanding yang sebelum ini. Begitu bahagia sekali. Alhamdulillah aku memiliki seorang suami yang begitu memahami, begitu menyayangi aku. Syukur kepada Tuhan atas jodoh ini, semoga akan berkekalan selamanya. Sesungguhnya kehidupan ini bertambah bahagia dan bermakna.....

Aku merupakan insan yang begitu sempoi, tidak memilih sangat, tidak kisah banyak perkara berlaku di sekeliling, pasal trendpun tak kisah, tapi tidaklah terlalu ketinggalan, sekadar ada cukuplah...pasal fesyen baju, kasut, life style...aku bersahaja ....asalkan aku bahagia cukup...ha ha ha


1/2/2009 tepat jam 8 pagi, saat yang paling mendebarkan, malang sekali aku tidak dapat melahirkan anak sulungku secara normal. Selepas melalui 12 jam 'contraction', akhirnya aku di caeser atas sebab yang tidak dapat dielakkan, apapun aku tetap bersyukur kerana aku dapat melahirkan anak sulungku dengan selamat. Alhamdulillah aku mendapat seorang anak lelaki yang sihat dengan berat 3.7kg tepat jam 8:11 pagi. Bayi itu diberi nama Earl Caine Shah. Ramai yang tertanya-tanya kenapa nama yang diberi tidak mirip nama orang muslim, namun bagiku, nama inilah yang terbaik untukmu kerana nama ini penuh bererti bagi mummy dan daddy. Mummy mahu Earl tahu, nama ini merupakan impian luarbiasa yang ingin daddy hadiahkan pada Earl seumur hidup Earl. Lambang kasih sayang yang infiniti.....
Inilah gambar Earl ketika baru dilahirkan...bahagia...keterujaan yang tidak tertakrif...kegembiraan yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata...semoga anak ini menjadi anak yang soleh. AMIN.
Rupanya menjadi seorang ibu bukan perkara mudah namun cukup bahagia....kalau dulu, aku wanita biasa, kini, dapat kurasakan sesuatu yang luar biasa telah melanda jiwa dan seluruh jiwa raga. Akhirnya rasa keibuan muncul jua dalam setiap citarasaku. Wah...beginikah seorang ibu? Penuh dengan cabaran namun amat bahagia. Alhamdulillah.....


Aku amat bahagia setiap kali menatap matanya, setiap kali melihat senyumannya, aku amat bahagia setiap kali melihat senyumnya, malah tangisnya menghiburkan aku, semeter jauh dariku seumpama sebatu jauhnya, sejam tak bersua ibarat setahun lamanya.....oh indahnya perasaan kasih ini.....untuk anak tersayang......seperti baru jatuh cinta. Ha ha amat bererti, amat bermakna, siapalah ibu ini tanpa anaknya.......semoga menjadi anak yang menghormati orang tua, menyayangi orang muda, anak yang pintar dari intelek, sihat dari segi jasmani, emosi, sahsiah dan rohani. Oh semua ciri-ciri JERI gitu.....
Oh Tuhan, kusayang Earl, daddy...keluarga baruku....

Lihatlah slide yang telah berjaya ku upload ini...ha ha...baby Earl mummy n daddy...love u










































0 comments:


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Real Estate. Powered by Blogger