Friday, April 24, 2009

Jom jamming

LIRIK DAN KOD GITAR YUNA.....Sebenarnya...

Aku tengah belajar main gitar lagu ni.........he he...suka tengok n dengar Yuna nyanyi...

intro:Cm Bb 2x
Cm

Oh bulan
Bb
enggan melayan diriku lagi
Cm
pabila
Bb
airmata membasahi pipi
Cm
dah lagu lagu di radio
Bb
seolah olah memerli aku
Cm
pabila
Bb
kau bersama yang lain

Cm
adakah perasaan benci ini
Dm
sebenarnya cinta
Cm
yang masih
Gm
bersemadi untukmu
Cm
dan sebenarnya ku mengharapkan
Dm
disebalik senyuman mu itu
Cm
kau juga
Bb
merindui aku
Cm

ku enggan
Bb
berpura pura ku bahagia
Cm
ku enggan
Bb
melihat kau bersama si dia
Cm
oh ku akui cemburu
Dm
mula menular dalam diri
Cm
pabila
Bb
kau bersama yang lain
Gm

Cm
pabila kau merenung matanya
Dm
ku rebah
Cm
jatuh ke bumi
Gm Cm
disaat kau benar benar mahu pergi
Dm
seperti
Cm
ku bernafas dalam air
Cm

dan sebenarnya
Dm
dan sebenarnya
Cm Bb
aku rindu
Cm
dan sebenarnya
Dm
dan sebenarnya
Cm Bb
aku tak mampu
Cm
tanpamu.


Penyanyi yang paling aku minati ialah Rossa, penyanyi Indonesia yang cantik molek dan merdu sekali suaranya....aku suka menyanyikan lagu2nya...Walaupun suara aku tak setanding dia, malah suara aku lebih iras dengan katak panggil hujan....he he he aku tak kisah....aku tetap rakamkan lagu Rossa versiku sendiri
lagu pertama ini ialah WANITA YANG KAU PILIH....dengarlah....






petang tadi tiba2 mahu menyanyi lagi...tapi lupa pulak tajuk lagu ni...apapun...aku tetap nyanyikan khas untuk diriku sendiri....he he he

Tuesday, April 21, 2009

malam.......

Masa berlalu pantas, tanpa disedari jam sudah menunjukkan jam 1:15 pagi, aku masih di sini termenung memikirkan sesuatu,apa yang bat aku termenung???ha ha rupanya baju yang terlonggok dari pagi tadi belum kubasuh....rasa tak senang duduk tetapi malas melanda....ingin tidur namun rasa ngantuk tak kunjung tiba....

malam....sunyi sekali, namun hati bernyanyi gembira melihat anak mummy tengah tidur di sebelah...mum
my ambik gambar Earl tidur ya...nanti dah besar Earl boleh tengok. Sepanjang hidup ini, banyak perkara yang berlaku....mengajar aku apa erti kasih, cinta dan kasih sayang. Apa yang dapat aku katakan terlalu banyak perkara yang membuatkan aku menjadi matang dalam melayari kehidupan. Mungkin oleh sebab itu aku kekal ceria dari dulu hinga sekarang.
malam ini....teringat zaman kanak-kanak ku yang terlalu indah. Aku dibesarkan dalam suasana keluarga yang besar, harmoni dan kampung. Terlalu banyak kenangan indah...rumahku terletak di tengah dusun buah-buahan, ladang getah, ladang koko. Ibu dan ayahku ialah petani yang hebat. Mereka mampu mengusahakan pelbagai tanaman sehingga berekar-ekar. Tanah warisan yang berbukit-bukau penuh dengan dusun buah, padi, getah, koko, cengkih, avocado....wah...banyak sekali...tidak kurang pelbagai jenis binatang peliharaan...wah andai dapat kuulang saat itu, alangkah indahnya...menunggu buah durian jatuh, naik pokok langsat,memetik buah tomato.....sehingga sekarang, aku amat mengagumi kedua orang tuaku memerah tulang 4 kerat membesarkan kami 12 orang adik beradik. Kini kedua orang tuaku sudah pergi tak kembali lagi....akan kukenang sehingga ke hujung nyawa..
zaman persekolahan
Aku bersekolah di kampung. Aku selalu sakit zaman sekolah sehingga guru-guru dan kawan-kawan malas melayan karenah aku, aku sakit manja kot...ha ha. Kampungku begitu harmoni, Masih teringat lagi, orang kampungku suka berjalan bersama-sama, melawat tempat-tempat menarik di Ranau, berkelah bersama. Dan yang paling best, bila time kemarau, kami beramai-ramai ke sungai untuk menangkap ikan, berkelah, mandi-manda, dari muara ke hilir...air terjun, jjeram...semua kami lalui......indahnya....betapa eratnya persaudaraan dan persahabatan penduduk kampung zaman itu....tidak terungkap dengan kata-kata. Tapi kini segalanya berbeza...kau kau, aku aku.....amat berbeza...namun bersyukur kerana aku sempat melalui zaman itu...

Saturday, April 11, 2009

My big family...

Aku merupakan anak ke 11 daripada 12 orang adik beradik.. kira anak bongsu jugaklah sebab jarak umo ngan adik 13 tahun.. he he...mama dan bapa telahpun kembali kepada Allah...namun kenangan bersama mereka cukup kuat dalam ingatan apa lagi, aku mempunyai 5 orang kakak dan 5 orang abang....ha ha...terima kasih keluargaku kerana selama ini memberi sokongan kepadaku untuk menjadi aku sekarang ini...alhamdulillah kehidupanku hampir sempurna. Tanpa kamu tidak mungkin aku dapat melangkah ke depan sejauh ini....LOVE U ALL



Kawan2 tersayang

Sunday, April 5, 2009

Music dan Aku

Sesuatu yang amat kuminati dari dulu.....aku sukakan muzik. Suka mendengar lagu ....mendengar petikan gitar..dan suka bermain gitar sambil menyanyi. Lagu-lagu slow yang merdu buat aku tak tidur malam. He he he...begitulah aku....walaupun suara aku tak sedap tapi aku buat2 sedap.....masa menyanyi tu aku bayangkan diriku macam Alanis morissete gitu.....ha ha ha...apapun inilah satu2nya hobi yang tak dapat aku tinggalkan...

Lagu ni aku nyanyi ikut suka hati aku ja. Sebenarnya, aku tak tau sangat lagu matahari ni tapi kerana suka dengan melodinya, menjadi lagu yang sentiasa ingin saya nyanyikan .....oh ya pagi tadi aku bangun, terus menyanyi lagu bahasa dusun ni, akupun tak tau apa tajuknya dan tak pernahpun dengar original lagu, hanya dengar anak buah nyanyi...he he kalau berani dengarlah...

Kehidupan sebenar baru bermula........

Pada 22/ 12/2007 merupakan tarikh paling penting dalam hidupku. Tarikh inilah aku menjadi isteri kepada suamiku yang tercinta Shah Rizan binTalin....

Segalanya bermula, rupanya hidup selepas kahwin begitu jauh berbeza berbanding yang sebelum ini. Begitu bahagia sekali. Alhamdulillah aku memiliki seorang suami yang begitu memahami, begitu menyayangi aku. Syukur kepada Tuhan atas jodoh ini, semoga akan berkekalan selamanya. Sesungguhnya kehidupan ini bertambah bahagia dan bermakna.....

Aku merupakan insan yang begitu sempoi, tidak memilih sangat, tidak kisah banyak perkara berlaku di sekeliling, pasal trendpun tak kisah, tapi tidaklah terlalu ketinggalan, sekadar ada cukuplah...pasal fesyen baju, kasut, life style...aku bersahaja ....asalkan aku bahagia cukup...ha ha ha


1/2/2009 tepat jam 8 pagi, saat yang paling mendebarkan, malang sekali aku tidak dapat melahirkan anak sulungku secara normal. Selepas melalui 12 jam 'contraction', akhirnya aku di caeser atas sebab yang tidak dapat dielakkan, apapun aku tetap bersyukur kerana aku dapat melahirkan anak sulungku dengan selamat. Alhamdulillah aku mendapat seorang anak lelaki yang sihat dengan berat 3.7kg tepat jam 8:11 pagi. Bayi itu diberi nama Earl Caine Shah. Ramai yang tertanya-tanya kenapa nama yang diberi tidak mirip nama orang muslim, namun bagiku, nama inilah yang terbaik untukmu kerana nama ini penuh bererti bagi mummy dan daddy. Mummy mahu Earl tahu, nama ini merupakan impian luarbiasa yang ingin daddy hadiahkan pada Earl seumur hidup Earl. Lambang kasih sayang yang infiniti.....
Inilah gambar Earl ketika baru dilahirkan...bahagia...keterujaan yang tidak tertakrif...kegembiraan yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata...semoga anak ini menjadi anak yang soleh. AMIN.
Rupanya menjadi seorang ibu bukan perkara mudah namun cukup bahagia....kalau dulu, aku wanita biasa, kini, dapat kurasakan sesuatu yang luar biasa telah melanda jiwa dan seluruh jiwa raga. Akhirnya rasa keibuan muncul jua dalam setiap citarasaku. Wah...beginikah seorang ibu? Penuh dengan cabaran namun amat bahagia. Alhamdulillah.....


Aku amat bahagia setiap kali menatap matanya, setiap kali melihat senyumannya, aku amat bahagia setiap kali melihat senyumnya, malah tangisnya menghiburkan aku, semeter jauh dariku seumpama sebatu jauhnya, sejam tak bersua ibarat setahun lamanya.....oh indahnya perasaan kasih ini.....untuk anak tersayang......seperti baru jatuh cinta. Ha ha amat bererti, amat bermakna, siapalah ibu ini tanpa anaknya.......semoga menjadi anak yang menghormati orang tua, menyayangi orang muda, anak yang pintar dari intelek, sihat dari segi jasmani, emosi, sahsiah dan rohani. Oh semua ciri-ciri JERI gitu.....
Oh Tuhan, kusayang Earl, daddy...keluarga baruku....

Lihatlah slide yang telah berjaya ku upload ini...ha ha...baby Earl mummy n daddy...love u











































Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Real Estate. Powered by Blogger